Unsur-Unsur Khurafat dalam Filem
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar.
​
Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami mengupas lebih lanjut tentang unsur-unsur khurafat dalam filem.
DEFINISI KHURAFAT
Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, '' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). " Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.
PUNCA KHURAFAT DALAM FILEM
KEPENTINGAN BERIBADI
-
Bagi mendapatkan kepentingan duniawi , manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengadaikan nyawa dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar . sebagai contoh pengarah filem sanggup menghasilkan file yang berunsurkan khurafat semata-mata untuk mendapat keuntungan.
KECETEKAN ILMU AGAMA
-
Ilmu itu amat luas jika seseorang manusia tidak menimba ilmu secukupnya, perkara seperti terpengaruh dengan perkara-perkara khurafat akan berlaku. oleh itu, sesorang itu mestilah menimba ilmu agama dengan secukupnya bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan isu ini.
KESAN KHURAFAT DALAM FILEM
​
MEMPERBODOHKAN MASYARAKAT
-
Islam tidak menerima apa sahaja perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk menvisualkan jin dan syaitan dalam drama atau filem. Drama dan filem seram amat membahayakan kerana dia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah. Oleh itu, umat islam akan terpesong dari akidahnya dan Negara kita tidak mampu menjadi Negara yang maju.
​
CERITA TAHYUL DIJADIKAN TAHYUL SEMATA-MATA
-
Cerita-cerita tahyul tidak memberikan faedah kepada masyarakat kerana eleman rekaan yag disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan .Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka-ria
​
PENGARUH KEPADA KANAK-KANAK
-
Kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Perkara ini akan menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka pada masa akan datang.
ISU DAN PERBINCANGAN
-
Susuk merupakan filem yang dikeluarkan pada 07 ogos 2008 di Malaysia. File mini diarahkan oleh Amir Muhammad dan pengarah berbangsa Iran Amerika – Naeim Ghalili. Cerita ini mengenai suraya yang mengunakan ilmu susuk untuk menjadi terkenal .
​
-
Pengambaran filem susuk ini dibuat di Lembah kelang dan Alor Gajah Perak, selama tiga bulan dalam tahun 2006. Filem susuk menelan perbelanjaan RM 18 juta dan dilaporkan sudah meraih RM 1.2 juta dalam masa lima hari ia ditayangkan di panggung wayang.
​
-
Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, sehingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan sama ada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain. Sementara itu suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam, akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan.
​
-
Susuk itu ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil, dimasukkan ke tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan dia ‘kebal’ atau ‘cantik’ supaya ramai orang yang jatuh hati kepadanya. Cara ‘bersusuk’ itu pada ghalibnya menggunakan amalan sihir. Sebagaimana yang diketahui bahawa beramal dengan amalan sihir itu adalah terlarang.
​
-
Bacaan mentera atau jampi-jampi yang disebut didalam ritual semasa upacara terakhir pada filem ini mungkin memberi kesan kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang mudah terpengaruh dan mungkin mereka terlalu terpengaruh dengan amalan-amalan khurafat tersebut yang menyebabkan akidah mereka terpesong.
​
-
Menurut dari Mazhab Syafie, jika seorang yakin Bahawa perbuatan sihir harus, maka hukumnya dia menjadi kafir, tetapi jika ia belajar ilmu sihir untuk tidak terjerumus ke dalam sihir, hukumnya harus iaitu tidak berdosa.
​
-
Mereka yang memakai susuk itu biasanya yakin bahawa ‘susuknya’ akan dapat memberi sebesar-besar pertolongan kepadanya dan mereka yang memakai susuk ini mengamalkan amalan-amalan khurafat dan terikat dengan pantang larang yang khurafat. Perbuatan yang demikian sudah termasuk dalam erti kata atau boleh membawa kepada syirik pula.
CARA MENYELESAIKAN MASALAH
-
Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Iaitu dengan mendirikan kelas-kelas pengajian atau tidak fomal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat.
​
-
Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar memainkan peranan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksankan oleh pihak berkuasa adalah dengan menghapuskan tempat menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
​
-
Para pendakwah penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi penjelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat islam tentang keburukan amlan khurafta dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat boleh memahami dengan lebih mendalam bahawa amalan khurafat ini boleh membatalkan iman seseorang.
​
-
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawasi penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat. Unsur khurafat ini boleh memberi pengaruh negative kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industry perfileman dan juga kepada penonton.
​
​
​
ISU SEMASA
​
​
Ambil tindakan bomoh khurafat - Mufti Perak
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Perbuatan 'Raja Bomoh Malaysia', Ibrahim Mat Zin menggunakan kayu golf kononnya untuk menghalau hantu raya yang dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Menurut Harussani, perbuatan Ibrahim itu sama sekali tiada kaitan dengan perubatan Islam.
“Itu hanya perbuatan bomoh, perbuatan khurafat, tetapi dia (Ibrahim) gunakan ayat al-Quran untuk kelirukan orang ramai,” kata Harussani.
Harussani turut meminta Majlis Agama Negeri Selangor melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan khurafat Ibrahim itu.
Ibrahim dalam satu video yang mula tersebar di internet Sabtu, dilihat kembali melakukan ritual luar biasanya, kali ini menggunakan kayu golf untuk menghalau hantu raya di Penjara Sungai Buloh.
Dia mendakwa menerima alamat terdapat empat hantu raya dihantar untuk membunuh Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di situ, namun tidak menyebut identiti pihak atau individu yang menghantar makhluk halus itu.
Dalam rakaman sepanjang 3 minit 27 saat itu, Ibrahim memulakan ritualnya dengan menggunakan dua teropong dipercayai diperbuat daripada buluh untuk melihat ke arah pintu masuk utama Penjara Sungai Buloh.
Dia kemudian mengangkat dua biji kelapa sebelum mula berdoa supaya perlindungan diberikan kepada Anwar bagi memastikan pemimpin pembangkang itu dapat menjalani hukuman dengan baik tanpa gangguan makhluk halus.
“Berikan perlindungan kepada Anwar, tegap dan tabahkan hati supaya dia senang buat amal ibadat dan jauhkan kejahatan orang yang hasad dengki daripada beliau,” doanya sambil membacakan beberapa potong ayat al-Quran.
Ibrahim kemudian dengan gaya seperti pemain golf menggunakan kayu golf sebenar bagi memukul empat biji limau yang diletakkan di atas jalan raya.
“Okay, alhamdulillah,” katanya selepas itu.
Untuk rekod, Ibrahim pernah mencetuskan kontroversi sehingga menarik perhatian media antarabangsa apabila menggunakan bubu mata pancing dan teropong buluh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.-16/2/2015
​
​
​
​
KESIMPULAN
​
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
​