top of page

Kesimpulan

 

Islam sememangnya menggalakan semangat kebebasan berfikir, bersuara dan bertindak di kalangan masyarakat. Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak atasan daripada media arus perdana dan alternatif haruslah peka dengan keadaan ini di mana dilihat kepada dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman terhadap perlaksanaan etika kerja Islam di kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif berada di tahap sederhana.

 

Pihak tersebut perlulah membuka lembaran sejarah terdahulu di mana lahirnya wartawan sebelum merdeka kebanyakan mereka memaparkan berita yang benar kerana pemahaman mereka tentang etika kerja kerana Allah S.W.T semata-mata bukannya bertujuan untuk meraih populariti dan keuntungan sehingga mengabaikan etika kerja yang sebenarnya.

​

bottom of page