top of page

INTEGRASI BUDAYA DALAM 

PERAYAAN

 

 

  • Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dengan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan  rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Menurut Che Bakar (2007) antara perkara asas  tersebut ialah:

 

Kemesraan komunikasi

Kemesraan komunikasi boleh di sampaikan melalui bertegur sapa, memberi  ucapan salam, sifat lemah lembut dan selalu memberikan senyuman, tidak  mengira bangsa, agama dan umur

 

1.  Budaya ziarah-menziarahi

 

​Budaya ziarah- menziarah atau kunjung mengunjung ini sudah menjadi tradisi yang menjadi kewajiban di negara kita  untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara kaum atau bangsa.

 

2.  â€‹Budaya mengambil tahu

 

​Budaya mengambil tahu sesama masyrakat setempat ini adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam. Budaya ini bertujuan untuk bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, sikap tolong- menolong yang dapat kita praktikkan.

 

3.  â€‹Budaya saling menghormati

 

​Budaya saling menghormati ini merupakan perkara yang harus di titikberatakan pada masa kini tidak mengira umur. Dalam Al-Quran sudah  terkandung dalam surah al-Isra’ ayat ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati,  maka kita perlu menghormarti orang lain.

 

​4.  Budaya mahabbah ( saling berkasih sayang )

 

​Budaya mahabbah ini dapat menghindarkn diri daripada perasaan seperti benci,  hasad dengki dan permusuhan yang boleh mengakibatkan perpecahan perpaduan  sesama keluarga dan masyarakat.

 

​5.  Islam dan masyarakat majmuk

 

​Agama Islam ialah agama rasmi menurut pernyataan Perlembagaan Perseketuan.  Di samping itu, Perlembagaan Malaysia teleh memberikan jaminan tentang hak  kebebasan asasi rakyat di mana agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.

 

 

​Menurut Mahmood Zuhdi (1999), antara hak yang jelas disebut dalam Al-Quran dan sunnah sebagai yang sesuatu perlu dilindungi adalah seperti 

berikut:

​

  1. Hak keselamatan

  2. Hak dan kebebasan peribadi

  3. Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak

  4. Hak dan bebasan beragama serta berfikir

  5. Hak dan persamaan dalam undang-undang

  6. Hak dan kebebasan ekonomi

  7. Hak dan kebebasan bekerja

  8. Hak memperoleh jaminan sosial

 

​

Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam

 

Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun. 

Antara perayaan yang disambut di Malaysia adalah Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun 

Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal dan sebagainya dalm konteks Malaysia, ucapan selamatyang diucapkan oleh umat yang beragama Islam kepada masyarakat bukan Islam ketika 

sambutan perayaan mereka adalah diharuska tetapi dengan syarat ucapan ini tidak 

mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau karut.

​

ISU SEMASA

​

​

​

​

​

​

​

Di Malaysia terdapat kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz(2000), kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup.

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang unik dengan sendirinya. Jika hari ini ramai melakukan penghijrahan ke negara-negara maju, Malaysia sudah melalui proses itu jauh lebih lama ketika Melaka menjadi pusat pertemuan antara pedagang Cina, India dan lain-lain.

 

Malaysia hari ini turut mendapat perhatian pelbagai warga asing yang melimpah datang untuk mencari peluang meneruskan kehidupan termasuk dari Nepal, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, Filipina dan benua Afrika tanpa mengira golongan professional dengan organisasinya beroperasi disini.

 

Sama ada baik atau buruk, hakikatnya Malaysia sudah menjadi pilihan destinasi warga asing; pilihan yang perlu dilalui dalam proses globalisasi dan pergerakan manusia sejagat. Kepelbagaian yang wujud di negara ini merupakan satu kelebihan yang masih menjadi satu tradisi kesinambungan dalam kalangan rakyatnya. Keyakinan terbina kerana adanya ruang untuk menerokai limpahan sumber terhad dan yang membuka ruang ini adalah kesepaduan kestabilan yang lahir dari perpaduan dalam kepelbagaian.

 

Kepelbagaian bukan sahaja dari kepercayaan, keturunan, agama, etnik dan warna kulit mahupun sebarang latar belakang tetapi kebudayaan yang bermacam-macam juga menjadikan Malaysia seringkali dicemburui dan diiktiraf sebagai yang kompleks, rencam dan majmuk.

 

Dalam kebanyakan negara, ia menjadi satu liabiliti dengan permusuhan yang berlarutan sehingga membawa konflik dan peperangan sedangkan di Malaysia kepelbagaian adalah kekuatan dan ia juga dimuatkan dengan usaha berterusan berinteraksi, integrasi memupuk semangat persahabatan dan ukhuwah; ia berlaku di istana, Seri Perdana, rumah pembesar negeri dan rumah sendiri.

 

Nilai kebudayaan ini termasuk menyambut perayaan yang pelbagai seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Uniknya ia menjadi sambutan semua menandakan semaraknya nilai kemuafakatan, perpaduan dan keharmonian; simbol integrasi.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini banyak memuatkan mesej bertemakan ‘perpaduan’. Malahan dalam khutbah raya di Masjid Negara, elemen ini turut diberikan keutamaan. Bukan sekadar perpaduan ummah, tetapi perpaduan yang menjadi teras untuk meraikan kepelbagaian negara ini, yakni perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik negara ini.

 

Hari Raya Aidilfitri memberi gambaran bagaimana perpaduan dalam perayaan memberi impak kepada semangat hubungan antara etnik negara ini. Di setiap pelosok negara, setiap rumah terbuka dibanjiri dengan masyarakat pelbagai peribadi dan personaliti. Beratur panjang yang barangkali mengambil masa berjam lamanya bukan satu rungutan tetapi kesyukuran bertemu dengan pemimpin dan sahabat serta personaliti profil tinggi memberikan satu kepuasan.

 

Perayaan dapat terus disambut sebegini kerana adanya kestabilan dan asas sebenar kepada hubungan antara etnik adalah kestabilan dalam negara yang membolehkan masyarakat hidup muhibbah dan rukun walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran terutama dalam konteks mempertahankan apa yang sudah kita miliki selama ini. Dalam ada negara yang bergelut mencari keamanan, Malaysia gah dan boleh mengamalkan konsep ‘ziarah’ dan ‘kunjung’ serta ‘lawat’.

 

Keamanan datang dari kestabilan. Tanpa ada kepimpinan yang mempertahankan nilai keamanan, maka Malaysia juga akan mempunyai kecenderungan menjadi ‘padang jarak, padang tekukur’ akibat manipulasi nilai keamanan, perpaduan dan muhibbah yang adakalanya ramai terlepas pandang mengapa ia perlu terus dipertahankan dari sebarang anasir yang mahu melihat Malaysia sebagaimana negara lain yang berhadapan dengan konflik. Musibah ini mesti dielak atas prinsip kebergantungan antara satu sama lain; hubungan resiprokal yang disuburkan dengan nilai hormat, faham dan menerima di antara satu sama lain.

 

Tatkala beraya, ada juga segelintir tebal sifat ‘keangkuhan’ dalam sesetengah warga dan pemimpin yang masih mahu berperang di alam maya sekalipun sewaktu Syawal pertama bilamana di alam sebenar wujud gencatan sekurang-kurangnya sebagai isyarat ada waktu perbalahan terutama dengan nilai politik perlu dihentikan dan menampakkan perdamaian.

 

Perang di alam maya sewaktu perayaan sewajarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi warga adalah ke atas mood perayaan dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebencian sesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum.

Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.

 

Sambutan perayaan di Malaysia mewarnai kepelbagaian yang selama ini sememangnya menjadi asas hubungan antara etnik. Menyemai nilai ini secara berterusan dengan aktiviti dan program ‘muafakat’ yang membawa gambaran peri-pentingnya ia diteruskan walau zaman silih berganti terutama dalam kalangan generasi muda yang berkemungkinan tidak melihat kepentingan ia diteruskan dengan semakin terhakisnya sifat perkampungan dan pulang ke kampung. Walau hadir di persekitaran berbeza, amalan integrasi melalui perayaan mesti dipertahankan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

 

Perpaduan memerlukan nilai holistik dalam diri setiap warga yang sedar ia memberikan roh kepada negara-bangsa ini. Andainya perayaan ini boleh dikongsi bersama dan merasakan ada tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberikan makna kepadanya, perayaan sebagai kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan kerana ia juga berjiwa patriotisme dan nasionalis dengan sendirinya berpandukan prinsip dalam Rukunegara dan Perlembagaan yang mempertahankan nilai ini dalam dokumen kebal negara.

​

​

 Budaya unik rumah terbuka wajar diteruskan

​

​

Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baharu Cina.

 

Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang dinantikan kehadirannya.

 

Pada asasnya, kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka. Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat dengan jiran mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya.

 

Justeru, tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu mengenai siapa dan apa pekerjaan jiran serta keluarga mereka. Era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi kesibukan dengan kerjaya masing-masing.

 

Jadi, amalan rumah terbuka, sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka.

 

Fahami budaya

 

Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Dengan menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu kaum itu, dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat lain. Sebagai contohnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan Melayu akan mengetahui budaya makanan, hiasan serta hati budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan masyarakat bukan Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti rendang, ketupat, soto, lemang dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah terbuka atau ketika perayaan agama lain.

 

Bagi kaum bukan Melayu, mereka tidak akan dapat merasakan pelbagai makanan tradisi orang Melayu ini tanpa rumah terbuka. Walaupun pada masa kini, sudah wujud banyak gerai yang menjual makanan itu, ia tidak sama dengan hidangan ketika hari perayaan. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa makanan adalah sebahagian daripada asas perpaduan kaum di negara ini. Begitu juga dengan orang Melayu, mereka tidak akan dapat merasai makanan tradisi orang Cina dan India kecuali ketika amalan rumah terbuka.

 

Amalan mulia

 

Selain itu, masyarakat bukan Melayu juga akan melihat budaya rumah orang Melayu serta amalan mulia orang Melayu yang bersalam salaman serta cara bagaimana orang Melayu melayan tetamu. Semua ini pengalaman berharga yang patut diamati bukan Melayu supaya mereka memahami budaya Melayu dengan lebih dekat lagi.

 

Pemahaman yang mendalam terhadap budaya orang Melayu sebenarnya akan menjadikan seseorang bukan Melayu itu sentiasa diterima oleh orang Melayu. Hanya dengan pemahaman mendalam terhadap budaya bangsa lain saja yang boleh mewujudkan rasa hormat menghormati di antara satu sama lain.

 

Situasi yang sama juga berlaku kepada orang Melayu. Jika mereka tahu adat dan budaya orang Cina atau India, mereka juga akan diterima baik oleh bukan Melayu.

 

Budaya rumah terbuka akan mendidik sikap hormat menghormati serta sikap respect terhadap amalan kaum lain. Dalam hal ini, orang bukan Melayu seperti Cina dan India akan melihat bagaimana budaya orang Melayu itu dipengaruhi agama mereka iaitu agama Islam. Tidak kira dalam apa juga aspek seperti bersalaman, pakaian serta makanan. Perkara sama juga akan dipraktikkan apabila orang Islam mengunjungi rumah terbuka bagi agama lain.

 

Jadi, di sini, secara tidak langsung rumah terbuka akan mendidik jiwa masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk menerima kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini. Sejak akhir-akhir ini dilihat begitu banyak individu tertentu yang sengaja menimbulkan isu sensitiviti keagamaan dengan menghina agama lain. Sikap sebegini tidak seharusnya timbul jika individu itu tahu ajaran agama lain seperti apa yang dilarang dan apa yang diwajibkan oleh ajaran Islam sebagai contohnya.

 

Ada beberapa perkara yang orang Islam tidak boleh buat dan tidak boleh lakukan, perkara haram, perkara wajib, perkara harus serta makruh ada dalam ajaran Islam.

 

Jadi jika perkara ini tidak diambil tahu oleh penganut agama lain, maka dengan mudahlah mereka menghina ajaran agama Islam dan masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu pula, mereka juga perlu tahu apakah taboo dan pantang larang masyarakat Cina dan India supaya lahir rasa hormat terhadap orang lain juga.

 

Amalan rumah terbuka adalah keunikan yang hanya ada di Malaysia dan tidak ada di negara lain. Tradisi ini perlu diteruskan dan perlu menjadi contoh kepada generasi baharu bahawa negara ini mempunyai cara tersendiri untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.

 

Ia adalah amalan nenek moyang orang Melayu, Cina dan India sejak turun temurun dan diharap ia terus kekal di tengah modenisasi dan globalisasi yang ada kalanya boleh menghakis jati diri dan sifat kemasyarakatan.

 

 

 

KESIMPULAN

 

Kesimpulannya, Integrasi nasional penting untuk menjamin kestabilan negara.Oleh sebab itu, perpaduan merupakan salah satu cabaran dalam merealisasikan impian Wawasan 2020 suasana harmoni masyarakat kita telah menjadi teladan negara lain yang berbilang kaum.

​

​

bottom of page