top of page

​KONSEP KEJIRANAN

​

​

  • Konsep kejiranan salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan 

hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu, islam telah menekankan kepentingan 

menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat  sekeliling.

​

  • Hubungan yang baik dapat dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran adalah  salah satu cara hidup islam.

​

Dalam konteks kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan saling   keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang  dituntut dalam agama.

​

Allah SWT berfirman dalam  (Surah al-Nisa’4:36) yang bermaksud:

​

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kedua kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,  orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, orang musafir dan hamba yang  kamu miliki.”

​

Berdasarkan firman tersebut, agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung menti mengenali antara satu sama  lain. Mereka harus sama-sama bertanggungjawab  terhadap  keselamatan  penduduk  dan  jiran  tetangga. Islam sebenarnya tidak suka akan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri daripada kehidupan 

masyarakat.Sifat individiualistik ini bertentangan dengan konteks kejiranan Islam.

​

​

Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan bukan Muslim?

​

Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti yang berikut :

​

  1. Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa mudarat.

  2. Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

  3. Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

  4. Membantu dan menolong mereka apabila mereka berada dalam kesusahan.

  5. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam  muamalah dengan mereka.

​

​

 

HAK HAK JIRAN

​

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

​

“ tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu.”

​

  1. Jika ia meminta tolong kepaadamu, engkau akan menolongnya.

  2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberi pinjaman kepadanya.

  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

  4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.

  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

  6. Jika ia tertimpa sesuatu yang bahaya, engkau juaga turut sedih bersamanya.

  7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

  8. Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan  izinnya.          

  9. Jangan menganggu perasaanya dengan bau masakan kamu, melainkanengkau akan memberikan sedikit daripada  makanan itu.

  10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

  11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah  engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia

  12.  supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu

  13.  memakan buah-buahan itu dihadapan anakya,kelak anak jiran itu menangiskerana mahukan buah tersebut. 

​

​

ISU SEMASA

Semangat kejiranan eratkan perpaduan

 

 

KEJIRANAN yang baik adalah asas kepada perpaduan rakyat di negara ini. GAMBAR HIASAN

03 Februari 2016 12:47 AM

 

 

 

 

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AJARAN Islam sangat mementingkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Semua ini boleh dicapai melalui konsep kejiranan yang baik. Dalam kehidupan berjiran umat Islam digalakkan menghubungkan silaturahim, mengeratkan hubungan persaudaraan, menyatukan keluarga dan mengeratkan persahabatan dengan jiran tetangga.

​

Di peringkat sekolah lagi usaha memupuk perpaduan ini dijalankan. Melalui pelbagai kegiatan di sekolah khususnya kokurikulum murid-murid dapat bergaul dan berinteraksi dengan kawan-kawan mereka daripada pelbagai kaum.

​

Sememangnya sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, setiap murid perlu dididik dan dipupuk dengan semangat perpaduan dalam jiwa mereka supaya tidak timbul pertelingkahan antara kaum pada masa akan datang.

​

Oleh itu, masyarakat di negara ini terutamanya yang beragama Islam hendaklah menunjukkan cara hidup yang baik khususnya hidup berjiran kerana kejiranan adalah asas kepada perpaduan.

​

Hakikatnya, sebagai sebuah negara pelbagai bangsa, keturunan, agama, budaya dan adat resam amalan hidup berbaik-baik antara satu dengan yang lain amat dituntut dalam usaha mewujudkan suasana harmoni serta aman.

​

Berkaitan hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Di antara kebahagiaan seorang muslim adalah mempunyai tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang meriangkan”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

​

Jelaslah kehidupan bermasyarakat bersama jiran tetangga yang baik akan memberikan ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan. Melalui semangat kejiranan yang erat, hubungan kekeluargaan dan silaturahim juga dapat diperkukuhkan.

​

Sesungguhnya kita tidak dapat mengelakkan diri daripada sesebuah masyarakat yang hidup bantu-membantu. Dalam menjalani kehidupan seharian kita juga memerlukan bantuan dari orang lain. Kerjasama melalui semangat kejiranan dan perpaduan seumpama ini harus dapat dikekalkan sentiasa.

​

Kita juga sering mengalami kesusahan dan kesakitan. Sebagai contoh, orang akan menziarahi kita jika kita sakit. Begitu juga orang akan membantu kita jika kita ditimpa kemalangan. Islam mengajak umat Islam bersatu padu dalam hal-hal kebaikan termasuk mengukuhkan semangat kejiranan.

DR. AMINUDIN MANSOR



​

​

​

  • Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak

​

​

bottom of page