top of page

Sering kali juga berlaku laman-laman media terutama di media sosial yang berkaitan dakwah menggunakan hadis-hadis palsu dan tidak menyelidiki sesebuah berita mahupun sumber bagi sesebuah kenyataan yang diterima sebaliknya terus disiarkan dan gejala “copy and paste” ini amat berbahaya. Sebaiknya adalah berita dan maklumat itu ditapis dan disaring terlebih dahulu dalam memastikan keabsahan sumber dan tidak tersilap seperti mana firman Allah,

 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga membuatkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujurat, ayat 6).

 

Maka hendaklah etika dan disiplin dalam ilmu agama seperti ilmu al-Qur’an dan ilmu hadis dipatuhi dalam penyampaiannya menerusi dakwah siber kerana ia merupakan satu kepentingan dalam prinsip dakwah dalam menyebarkan seruan dan suruhan yang benar dan menolak segala bentuk kebatilan dan kepalsuan.

bottom of page