top of page

 

Konsep Persaudaraan

Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada umat manusia dalam sesebuah masyarakat yang harmoni. Hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Jika budi pekerti kita baik maka orang lain akan pandang kita tinggi, dan jika sifat kita sebaliknya iaitu buruk, maka pandangan masyarakat terhadap sesuatu masayarakt akan dipandang hina.

             Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda telah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Kepentingan konsep persaudaraan perlu ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia). 

               Secara umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan. Bagi menjaga keharmonian masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat supaya tidak ada perbalahan dalam sesuau masyarakat. Ilmu sangat penting dalam diri manusia, kerana Allah jadikan kita ada akal untuk berfikir yang mana yang baik dan buruk.

 

PENGERTIAN

Konsep persaudaraan boleh ditakrifkan berdasarkan kepada dua bahagian.

1) Dari segi bahasa

Perkataan persaudaraan adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

2) Dari segi istilah

Boleh dilihat dari beberapa sudut:

Dari kacamat al-Quran, persaudaraaan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama umat Islam tanpa berkecuali.

a) Sikap persaudaraan sesama muslim dan dunia luar

Orang-orang beriman adalah orang-orang rendah hati yang memiliki rasa persahabatan dan kasih sayang satu sama lain. Karenanya solidaritas dan persatuan diantara mereka terpelihara secara alami.

Namun di dalam komunitas semacam ini ada saja hal-hal yang membuat kita tetap harus berhati-hati kerana sikap yang salah dapat menyebabkan perpecahan dan menciptakan iklim yang merosak solidaritas di antara orang-orang yang beriman.

Persaudaraan itu dijalin atas dorongan untuk mendapatkan keseronokan.

Hal ini berlaku apabila seseorong itu merasa gembira melihat orang lain samada dari segi paras rupa, tingkah laku dan sebagainya. Ini bererti seseorang itu menjadi sebab mengapa persaudaraan itu terjadi.

b) AL-KHULASHAH WAL IKHTITAM

Sebagai seorang mukmin kita harus memperhatikan nasib saudara kita yang seiman dan seagama. Kerana kita disuruh oleh Allah untuk berlaku seperti itu, ”fa ashlihuu bayna akhawaikum”. Selain dinilai ibadah, persaudaraan yang baik merupakan bentuk solidaritas dan kepedulian kita terhadap sesama. Kalau ada seseorang yang membutuhkan bantuan kita, maka hendaknya kita membantunya, nescaya Allah akan membantu kita dalam menghadapi masalah yang kita hadapi.

Kita adalah manusia yang tak lepas dari kesalahan dan kekhilafan, dari sinilah diperlukan nasihat dan kesabaran dalam menghadapi problematika umat. Oleh sebab itu, kita harus saling menasihati kepada saudara kita yang berlaku kurang pantas atau janggal di dalam bermasyarakat agar ia keluar dari lembah hitam dan menuju cahaya terang benderang.

c) Sikap persaudaraan sesama muslim dan dunia luar:

Orang-orang beriman adalah orang-orang rendah hati yang memiliki rasa persahabatan dan kasih sayang satu sama lain. Kerananya solidaritas dan persatuan diantara mereka terpelihara secara alami. Namun di dalam komunitas semacam ini ada saja hal-hal yang membuat kita tetap harus berhati-hati kerana sikap yang salah dapat menyebabkan perpecahan dan menciptakan iklim yang merosak solidaritas di antara orang-orang yang beriman.

Islam sebagai agama yang sempurna mengatur segala aspek kehidupan, termasuk juga persaudaraan. Persaudaraan sesama umat manusia ini dapat kita lihat bagaimana Rasulullah menghargai dan toleransi kepada ahli dzimmah , terhadap golongan ini, rasulullah melarang umat islam untuk menyeksa dan mencaci-maki mereka.

 

Begitu juga ketika Rasulullah mengajak para sahabatnya agar tidak berlaku kasar kepada kaum kristen koptik. Jadi, dalam bermasyarakat beliau tidak berbuat kasar kepada sahabat-sahabatnya begitu juga kepada orang kafir, beliau melarang kaum muslimin untuk mencaci maki tuhan mereka, karena hal itu akan membuat mereka (orang kafir) mencaci Allah tanpa tahu-menahu.

ISU SEMASA

Rumah terbuka erat persaudaraan

 

 

RUMAH terbuka sebagai platform mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan UTUSAN/Nasirruddin Yazid

roslah othman

12 Julai 2016 12:09 AM

 

 

 

 

Minggu ini, bandar raya Kuala Lumpur kembali sibuk. Warga kota mula pulang dari kampung halaman masing-masing selepas berakhirnya cuti Aidilfitri.

Bagi warga kota sambutan Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Sudah pasti ramai yang mencongak hari menanti cuti hujung minggu ini atau minggu berikutnya untuk menjayakan rumah terbuka.

Jika diperhatikan, budaya me­ngadakan rumah terbuka di bandar secara tidak langsung menyebabkan wujudnya kesan baharu dalam masyarakat.

Antaranya, tetamu hanya bertandang ketika rumah terbuka diadakan sahaja.

Bagi penulis tidak salah untuk mengadakan rumah terbuka namun perlu bersederhana agar tidak berlaku pembaziran.

Adalah lebih baik jika kita berpada-pada dalam membeli dan membuat juadah.

Buatlah berdasarkan jemputan, janji sederhana sebab rumah terbuka bukan hendak makan semata-mata, lebih penting mengeratkan persahabatan dan persaudaraan.

Sebagai warga kota apa pilihan kita ada untuk meraikan sahabat dan saudara mara, sempena Hari Raya Aidilfitri kecuali mengadakan rumah terbuka.

Berbeza dengan kehidupan kita ketika masih kecil, pintu rumah ibu bapa di kampung sentiasa terbuka menerima tetamu.

Hari ini masing-masing si­buk bekerja. Pergi kerja sebelum matahari terbit, pulang selepas matahari terbenam.

Untuk bertandang ke rumah, tetamu perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Bagi penulis, sesiapa pun kita sama ada sebagai penganjur rumah terbuka mahupun sebagai tetamu, kita ada tanggungjawab masing-masing.Raikan suasana penuh harmoni, bukan mahu menunjuk-nunjuk atau melakukan pembaziran.



 

Kesimpulan

Di mana sebarang daya usaha untuk berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata kerana beribadat kepada Allah s.w.t adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna dalam ertikata yang sebenarnya.

 

 

 

bottom of page