DEFINISI
​
Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-lembut , bersopan santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berbahasa atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.
ISU DAN CABARAN
​
1 BAHASA ROJAK
Bahasa rojak boleh dikatakan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa bahasan yang sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi. Walau bagaimanapun, apabila bahasa ini digunakan dalam urusan yang tidak rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan isu kesantunan bahasa. Hal ini disebabkan, bahasa Melayu kaya dengan kehalusan bahasa terutama dalam konteks pertuturannya.
2 SINGKATAN BAHASA
Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan dalam komunikasi dengan sahabat-sahabat atau teman-teman mereka. Bahasasingkat ini telah banyak mempengaruhi penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis di sekolah. Mereka memendekkan ejaan seperti ‘aku’ ditulis sebagai ‘aq’, ‘sayang’ sebagai ‘cyg’ dan bermacam-macam lagi. Bermulanya isu ini apabila negara kita terlibat di dalam arus globalisasi dan modenisasi di mana komunikasi tidak lagi mempunyai batasan dan penggunaan laman sosial serta pesanan ringkas sebagai wahana perbualan semakin berleluasa.
3 PENGGUNAAN BAHASA KASAR
Dalam menjadi sebuah negara yang dipandang tinggi dalam bidang perfileman, pengarah-pengarah tempatan yang terkemuka telah membuat filem yang mempunyai genre yang pelbagai, seperti genre aksi, genre seram, genre lawak dan genre cinta yang diadaptasi daripada novel tempatan. Dan hasilnya telah diterima dengan baik oleh masyarakat kita apabila filem-filem tempatan mula mendapat sambutan yang memberangsangkan di panggung. Sebagai bukti, filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof dilaporkan sebagai salah satu filem pertama buatan Malaysia yang mencapai pungutan sebanyak 10 juta di pawagam tempatan.
Hal ini telah memberi nama kepada Malaysia di persada dunia di samping dpaat bertanding dengan negara=negara lain dalam menghasilkan filem yang bertaraf dunia. Namun begitu, jika kita susuri, penggunaan bahasa dalam filem-filem Malaysia sekarang semakin lama semakin menyimpang daripada konsep kesantunan itu sendiri. Kebanyakan filem-filem tempatan sekarang sudah berani menggunakan bahasa yang agak kasar dan lucah yang boleh menggugat kesantunan masyarakat yang sudah lama dibanggakan. Contohnya, ialah penggunaan kata ganti nama “awak” kepada “lu” dan saya kepada “gua” serta kata-kata kesat yang menghina orang lain. Berikut merupakan antara dialog karakter dalam filem KL Gangster. Bukan sahaja KL Gangster, malah Bohsia, Kongsi dan banyak lagi filem yang memaparkan penggunaan bahasa-bahasa kasar seperti ini. Persoalannya di sini, wajarkah industri perfileman Malaysia meluluskan filem-filem yang bukan sahaja berunsur negatif, malah mengancam kesantunan masyarakat itu sendiri?
Kita perlu sedar bahawa remaja kita pada waktu sekarang yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Remaja juga berada dalam satu tahap di mana mereka akan cepat terpengaruh dengan budaya-budaya yang dipaparkan melalui media sosial. Sudah tentu remaja akan mengikuti penggunaan bahasa-bahasa yang mereka dengar daripada filem-filem sebegini rupa. Apa yang kita pelajari pada hari ini akan kita aplikasi pada hari akan datang, dan kita tidak mahu melahirkan remaja yang senang mengikuti budaya songsang dan tidak bertamadun. Kita tidak mahu satu hari nanti, remaja akan bertindak ‘memijak’ dan menghina ibu bapa mereka sendiri. Jangan ingat bahasa itu merupakan suatu perkara yang boleh dilihat sebagai remeh.
PUNCA DAN AKIBAT
​
· BAHASA ROJAK
Meninjau dari perspektif sejarah, kita tidak dapat mengelak daripada penggunaan bahasa rojak seawal penjajahan ekonomi ketika kedaulatan Melaka sebagai sebuah empayar entrepot suatu ketika dahulu. Sebagai negeri pelabuhan, Melaka menarik ramai pedagang yang keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya. Hal ini merupakan sebahagian daripada bahasa penghubung yang dikenali sebagai “bahasa rojak”. Semasa pemerintahan Parameswara, dua kumpulan pedagang akan mencuba untuk bertutur dalam apa-apa jua bahasa bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya ialah bahasa pijin atau bahasa rojak. Menjelang tahun 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang termasuk komuniti pedagang yang bertutur dalam 84 bahasa.
Penjajahan Portugis, British, Jepun terus menyuburkan bahasa rojak di negara kita. Portugis mengekalkan bahasa dan budayanya di negeri Melaka sehingga ke hari ini, British datang dengan pengaruh bahasa Inggerisnya dan Jepun pula terkenal memaksa sekolah Jepun dan tulisan kanji kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu. Dengan hal yang demikian, bahasa rojak tidak dapat dielakkan.
· SINGKATAN BAHASA
​
Sistem Pesanan Ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung
di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan
merosakkan bahasa.
​
Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas
itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan
masyarakat dan pelajar sekolah.
​
Malah, antara sebab kemerosotan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan
berpunca daripada budaya perkhidmatan SMS dan sembang Internet di kalangan
pelajar.
​
Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti
yang dilakukan ketika bersembang atau SMS.
​
Setiap hari kita dapat melihat iklan SMS yang memaparkan penggunaan kata
singkatan, kod atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak.
Mengulas mengenai perkembangan bahasa SMS, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata langkah meminimumkan
bahasa ketika berhubung dengan SMS sememangnya tidak dapat ditolak kerana
ruang yang disediakan terhad.
​
Menurutnya, singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu banyak
digunakan untuk menggantikan maksud sebenar.
Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya
maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu.
· PENGGUNAAN BAHASA KASAR
Ada satu faktor yang tidak pernah dialami generasi muda sebelumnya : banyak pengaruh media yang secara langsung menekan berkembangnya rasa hormat.Data menunjukkan pemakaian bahasa kasar di media semakin meroket dalam satu dekade ini.Salah satu media tersebut adalah stasiun televisi.Stasiun televisi di Indonesia sudah menganggap bahwa bahasa kasar merupakan hal yang biasa. Di luar negeri, misalnya, Australia, Inggris, dan Jepang, stasiun televisi hanya boleh menyiarkan acaranya (misalnya film, acara komedi, dan forum-forum) yang mengandung bahasa kasar (coarse language) pada jam-jam tertentu, ketika anak-anak meninggalkan rumah untuk pergi ke sekolah atau pada pukul 10 malam ketika anak-anak sedang tidur. Bahasa kasar diyakini akan membawa pengaruh tidak baik bagi perkembangan emosi dan budi pekerti. Stasiun televisi yang menyiarkan rancangan yang mengandung bahasa kasar akan mendapatkan kritikan dari masyarakat.
​
Di negeri kita yang mengamalkan budaya dan ketaatan agama yang sangat tinggi justru kata-kata tersebut digunakan dalam berbagai situasi, baik dalam film-film,televisi, maupun dalam pergaulan sehari-hari. Bahkan ada sejumlah orang yang dengan bangga menulis ungkapan ”don't bullshit me” atau ”fuck you” di baju-baju mereka. Kedua ungkapan singkat ini sangat mengganggu perasaan orang yang membacanya.
CARA MENYELESAIKAN MASALAH
· MEDIA MASSA
Media massa perlu memainkan peranan bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa. Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita
· IBU BAPA
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’. Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak mereka supaya menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek.Mereka juga perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul semasa berada di rumah.Ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program seperti kempen dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik dipadam’.
​
ISU SEMASA
​
​
Isu Kesantunan Di Malaysia
Isu Kesantunan Sosial
​
Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara.
​
​
ISU GANGSTERISME
​
Sejak kebelakangan ini, masyarakat sentiasa membincangkan tentang generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh menjejaskan keutuhan struktur masyarakat di negara kita. Masalah aktiviti-aktiviti sosial yang ditimbulkan ialah masalah gengsterisme. Ibu bapa semakin mengambil berat tentang masalah ini kerana aktiviti gengsterisme semakin berleluasan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Pada masa kini, sekolah telah menimbulkan satu suasana yang tidak selamat. Oleh itu, pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak dapat mengyakini displin sekolah. Mereka sangat merisaukan keselamatan anak-anak mereka semasa anak-anak mereka belajar di sekolah. Sekolah di serata dunia juga menghadapi masalah kes displin pelajar-pelajar.
Maksud gengsterisme ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat. Mereka akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan ini juga dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali delinkuen. Kumpulan gengsterisme juga akan dipanggil samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Pada masa kini, keadaan gengsterisme telah bertambah serius kerana didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah terlibat dalam gejala gengsterisme. Aktiviti yang akan dilakukan oleh gengsterisme ialah kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan kes-kes keganasan. Antara kes-kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.
Golongan remaja senang terdedah dalam keadaan persekitarannya. Jika kita dapat memenuhi keperluan mereka seperti memberi keseronokan, mereka akan memasukkan kumpulan kongsi gelap tersebut. Kumpulan gengster ialah satu kumpulan orang yang membuat tindakan-tindakan yang ganas dalam bercorak anti sosial. Hubungan mereka menjadi lebih erat dan kukuh berbanding pada mulanya tidak sehaluan. Mereka sangat mementingkan semangat setia kawan dan mengamalkan tradisi kumpulan. Golongan remaja akan mengubah spesifik geng mengikut keadaan semasa dan tempat. Ahli-ahli akan memberikan sokongan yang tidak berbelah kepada satu sama lain. Mereka akan memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing. Ketua kongsi gelap akan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah.
​
TAJUK : GURU DISIPLIN CEDERA DIBELASAH OLEH 10 ORANG PELAJAR
​
Alor Setar : Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunung, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.
Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah. Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan oleh kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan. Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.
‘Saya tak pasti sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat,’ kata sumber berkenaan. Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangs tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
​
​
​
KESIMPULAN
Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus bekerjasama bak kata “berat sama dipikut, ringan sama dijinjing” untuk menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.
​
​
​
.