top of page

Hiburan Melampau

 

DEFINISI

 

1) HIBURAN : 
 

Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, contohnya untuk permainan computer, “penonton” mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau secara aktif seperti dalam permainan computer. Industry yang membekalkan hiburan digelarkan industry hiburan.

 

Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan computer.

 

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:

 

 “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”

 

(Ibnu Majah)

 

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.


2) AKHLAK :

Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”

Akhlak berasal dari perkataan Al Khuluq. Al-Khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.


3) REMAJA :

Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan daripada masa kanak-kanak ke masa dewasa. Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) adalah 12 sampai 24 tahun. Namun jika pada usia remaja seseorang sudah berkahwin, maka ia tergolong dalam dewasa atau bukan lagi remaja. Sebaliknya, jika usia sudah bukan lagi remaja tetapi masih tergantung pada orang tua (tidak mandiri), maka dimasukkan ke dalam kelompok remaja. 

  • mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin.

  • (Kamus Dewan, Edisi ketiga)

​

Pengenalan:Secara amnya, dalam melalui proses kehidupan ini, manusia melalui tiga peringkat perkembangan yang utama iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tiap – tiap peringkat mempunyai ciri perkembangan psikologikalnya yang tersendiri. Apabila melangkah di alam remaja, seseorang individu itu akan mempelajari cara – cara menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Ia bermula dengan proses penyesuaian pada bentuk dan perasaan yang ada pada tubuh dan kemudian penyesuaian dengan manusia dan situasi yang berlainan. Selepas itu,barulah mereka akan melangkah ke alam dewasa.Zaman remaja:

Zaman remaja merupakan satu masa peralihan sementara daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Ia boleh didefinisikan sebagai satu masa yang bermula apabila baligh sehingga permulaan zaman dewasa.

Waktu remaja adalah waktu yang amat kompleks. Pelbagai jenis masalah seperti perubahan pada diri, perubahan mental, percubaan-percubaan dalam hidup dan pelbagai bentuk lagi berlaku pada waktu ini. Masa remaja dikatakan zaman yang menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan tekanan jiwa kepada individu. Hal ini kerana seseorang remaja gemar mencuba sesuatu yang kadang-kala bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Contohnya pengambilan dadah, seks bebas dan sebagainya. Satu fenomena yang sering kedengaran kini ialah pertelingkahan di antara remaja dan ibu-bapanya. Perkara ini berlaku akibat tidak ada komunikasi kerana adanya jurang generasi. Hal ini menyebabkan berlakunya kes-kes remaja lari dari rumah dan ia menjadi satu fenomena yang menjadi fokus permasalahan remaja masa kini.

 

  

 

 

ISU DAN PUNCA
 

 Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.

​

 Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

​

 Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.

​

  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…

  

KESAN

 

  Dalam kajian kami mencari kesan tiada kesan baik yang kami temui 
antara kesan yang kurang baik ialah :

​

1. Sikap pentingkan kemewahan.

​

2.  Peningkatan kes jenayah.

​

 3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.

​

4. Terapan nilai nilai negatif.

​

5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna  dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi

​

6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia

​

7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.

​

8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.

​

9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari  pada nilai-nilaikeagamaan.

​

10. Maruah keluarga tergadai

   

CARA MENGATASI 

​

1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

 

​

2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

 

​

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.

 

​

4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

 

​

5, Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.

 

​

6. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.

​

 

7. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani.

 

​

8. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

 

​

9.  Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

 

​

10. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 

 

​

11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.


 

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN TERLAMPAU
 

Kebaikan

 

  • Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.

  • Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia

  • Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa

  • Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

 

Keburukan

 

  • Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka

  • Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan waktu sola

  • Hiburan juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama

  • Hiburan boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya kuning  

​

 

GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DITETAPKAN DALAM ISLAM

 

Program hiburan

 

  • Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

  • Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

  • Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat dan ajaran Islam.

  • Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

  • Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

  • Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Persembahan muzik

 

  •  Tidak menimbulkan gerak-geri liar.

  •  Tidak mendorang kepada perbuatan maksiat

  • Tidak melalaikan.

​​

Lirik

 

  • Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

  • Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.

  • Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi

  • Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggarkan adab kesopanan dalam Islam.

  • Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

  • Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya

  • Tidak boleh dijadikan teks Al-Quran sebagai lirik.

 

Persembahan artis

 

  • Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

  • Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam

  • Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

  • Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

 

 

Persembahan tarian

 

  •  Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

  • Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah

  • Tidak boleh percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah

  • Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan

  • Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikn 

​

​

ISU SEMASA

Isu K-Pop: Kerajaan lemah pantau hiburan luar

​

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SHAH ALAM – Isu aksi melampau peminat K-Pop baru-baru ini dilihat sebagai satu bukti bahawa  kerajaan kini lemah dalam memantau dan mengawal bentuk hiburan yang dibawa dari luar untuk menjadi tontonan remaja negara ini.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, penganjur dan penonton sama sekali tidak boleh disalahkan selepas perkara ini telah terjadi.

" Jangan bila rumah siap maka pahat berbunyi. Kerajaan patut menyalahkan agensi-agensinya yang bertanggungjawab mengawal selia dan memproses kelulusan kemasukan kumpulan penghibur ke negara ini.

"Kalau Jakim dan KDN boleh menyekat kemasukan pendakwah yang dianggap merbahaya kepada aqidah umat Islam di negara ini, mengapa sekatan yang sama tidak boleh dikenakan kepada kumpulan penghibur? Jangan jadi 'double standard' dalam  mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Mustapha berkata, pihaknya amat khuatir dengan pengaruh hiburan melampau kerana didakwa akan memburukkan masalah sosial dan moral generasi muda Islam di negara ini.

" Hampir semua stesen TV memaparkan program hiburan melampau ini hampir setiap hari.

"Sekali gus ia membuktikan orang Melayu suka kepada hiburan dan kuat berhibur. Fenomena ini amat membimbangkan dan kalau tidak dipantau dan dikawal akan menjadi lebih buruk," katanya.


Mustapha berkata, KDN, Jakim dan semua pihak yang bertanggungjawab mengawal selia serta program hiburan artis luar digesa supaya mengambil langkah lebih pro-aktif.

 

KESIMPULAN 
 

  Pada era globalisasi ini, remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.

​

Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

​

 Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.

​

  Kesimpulanya, ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.

​

  Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti. 
 

Secara ringkasnya, banyak keburukkan dan impikasi yang negetif melalui hiburan melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan impilikasi yang amat membimbang agama dan negara pada masa yang akan datang.

 Mengapa kita sebagai umat islam mencari hiburan, sedangkan apa yang ada yang ada di sisi Allah s.w.t lebih baik

bottom of page